10 Perkara Bikin SHOCK sewaktu berumah tangga~~

Time jalan kat FB td...terjumpe lak note niy dalam page Aku Tak Sabar Nak Kahwin...

heee..... ;)


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang

drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi

emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua

cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan

yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah

tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda

akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing

mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat

meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik

sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain

dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar

bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS

yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks

nakal."


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan

lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang

terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga

kucar-kacir."


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut

masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan

hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan

dahulu.


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj

manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing

ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun

ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur

dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya

melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati

kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate"

masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.

Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan

keadaan sekeliling.


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan

mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan

memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah

terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah

anda?








✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

No comments:

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious