Rukun Nikah menurut Islam




Rukun Nikah
Calon isteri. (perempuan)
Calon suami. (lelaki)
Wali.
Dua orang saksi.
Akad ijab dan qabul.


Syarat-Syarat Calon Isteri
++ Bukan mahram dengan bakal suami.
++ Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: 
“Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”
Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
++ Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
++ Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
++ Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Calon Suami
++ Bukan mahram dengan bakal isteri.
++ Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
++ Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : 
“Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
++ Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
++ Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
++ Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Syarat-Syarat Wali
++ Islam
[Orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.]
Firman Allah:
"Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali."
(Surah Al-Maidah : Ayat 51)
++ Baligh
++ Berakal
++ Merdeka
++ Lelaki
[Perempuan tidak boleh menjadi wali]
Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina."
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)
++ Adil
 Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil."
++ Tidak dalam ihram
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain."
(Riwayat Muslim)
++ Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
++ Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.
 Syarat- Ijab Dan Qabul

Syarat-syarat Ijab :
 Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
 Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktunya.
Dari wali seperti katanya :
 “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : 
"Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : 
“Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

Syarat-syarat Qabul :

Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. 
Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
Diterima oleh calon suami seperti katanya : 
“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. 
Ataupun wakilnya seperti katanya:
 “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami :
 “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

Syarat-Syarat Saksi
++ Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
++ Lelaki
++ Berakal
++ Baligh
++ Merdeka
++ Adil (tidak fasiq).
++ Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
++ Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
++ Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
++ Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
++ Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal 
(tidak ada saudara lelaki yang lain)
"Tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut."



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

No comments:

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious