Showing posts with label Info dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Info dan Tips. Show all posts

Susunan Wali


Susunan Wali

Bapa
v
Datuk sebelah bapa hingga ke atas
v
Saudara seibu sebapa
v
Saudara sebapa
v
Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
v
Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
v
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
v
Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
v
Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti, 
Kadi atau naib Kadi.

Di dalam susunan wali tersebut, 
wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan, 
yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.


Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab barulah yang selepas dan begitulah seterusnya.



~Wali Hakim~

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang 
tertentu seperti berikut :

Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam 
Ertinya :

*Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

*Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan iaitu : 
Perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. 
Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

*Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

*Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

*Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

*Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

*Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

*Wali bersembunyi.

*Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.



~WALI MUJBIR~

Iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, 
kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. 

Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, 
sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.

Dalam keadaan yang begini wali tidak boleh mengkahwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,
kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk 
Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya

*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
*Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
*Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
*Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
*Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
*Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya 
seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.



~Sekian~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Mas Kahwin & Mahar




Maskawin
Pengertian Maskawin (Al-Mahar)
Maskahwin ialah : 
Pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
Sebagaimana firman Allah: 
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka"
Sabda Rasulullah SAW :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. 
Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran??" ,
Lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.
Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, 
walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, 
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah."
Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.


Bahagian Mahar
Mahar Misil
Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar Musamma
Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.


HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD
Sunat
Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. 
 Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :
1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan mas kahwinnya.
3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).


WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :
1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.
2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.


GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :
"Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu."

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.


MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :
"Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi."
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)


AL-MUT’AAH
Ertinya:
Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. 
 Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami,
bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, 
kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:
"Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik."
(Al-Ahzab : ayat 49)




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Hukum Majlis Perkahwinan

HUKUM MENGADAKANNYA MAJLIS PERKAHWINAN
Hukum : Sunat Muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN
Hukum : Wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG
1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Yang dijemput itu juga beragama Islam.
4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Jom Bertunang!

Hukum Pertunangan
Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, walaupun agama Islam tidak mewajibkan upacara pertunangan, sering terjadi perkahwinan yang didahului oleh ikatan semacam pertunangan[9]. Kebiasaannya kehendak untuk mengadakan ikatan pertunangan ini adalah dari pihak lelaki yang ingin melamar perempuan tersebut. Jika lamaran itu diterima, maka upacara pertunangan akan dilakukan bagi membincangkan penetapan waktu pernikahan, jumlah mahar dan sebagainya.

Secara dasarnya Islam tidak menyatakan secara terang berkenaan dengan hukum pertunangan ini sama ada ianya wajib atau haram. Namun apa yang dapat dikenal pasti ianya boleh dikatakan sunat kerana berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, telah menggariskan perkara-perkara yang sunat dilakukan sewaktu peminangan dilangsungkan.


Tujuan Pertunangan
Pertunangan adalah merupakan ikatan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan sebelum keduanya dinikahkan. Tujuannya adalah untuk mengikat janji yang suatu hari keduanya akan berkahwin. Pertunangan diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kedua belah keluarga di mana, keluarga pihak lelaki akan bertandang ke rumah pihak perempuan. Maka di situ akan bergaul mesra dan berkenal-kenalanlah di antara kedua keluarga. Apabila kedua belah keluarga ini bertemu, maka sudah pasti mereka akan berbincang untuk mendapatkan kata sepakat berkenaan dengan penetapan tarikh dan tempat pernikahan, jumlah mahar (mas kahwin), jumlah pemberian (dulang hantaran) dan sebagainya. Apabila telah dipersetujui tarikh dan tempat pernikahan, maka bakal pengantin keduanya dapat membuat persiapan-persiapan yang sepatutnya terutamanya di dalam memahirkan diri tentang ilmu perkahwinan dan kekeluargaan. Bakal pengantin juga dapat memperuntukkan masa dan wang bagi menghadapi hari pernikahan nanti.



Tempoh Pertunangan
Tempoh pertunangan adalah bergantung kepada keupayaan pasangan tersebut. Memandangkan perkahwinan adalah perkara yang paling dianjurkan di dalam agama Islam, maka seelok-eloknya janganlah ditangguhkan tanpa sebab musabab yang kuat.Hal ini kerana boleh menimbulkan kesusahan bukan sahaja terhadap pasangan tersebut malah kepada kedua keluarganya, lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan fitnah dan hasutan jahat.

Kebiasaanya di Malaysia, tempoh yang biasa diperuntukkan adalah tidak kurang dan tidak lebih setahun. Ada juga yang mengikat janji lebih daripada setahun, sebagai contoh jika keduanya atau salah seorang dari keduanya sedang melanjutkan pelajaran atau berada jauh di negeri lain.



Majlis Pertunangan mengikut adat Melayu

ADAT MERISIK
Adat orang dahulu kala, jika seorang lelaki berkenan akan seorang perempuan, maka hasratnya akan diluahkan kepada ibubapanya. Maka menjadi tangungjawab ibubapa lelaki tersebut untuk bertandang ke rumah perempuan yang ingin dinikahi tersebut untuk memaklumkan kepada ibubapa perempuan tersebut dengan menyampaikan hasrat hati lelaki berkenaan. Telah menjadi adat resam, sewaktu keluarga pemuda bertandang ke rumah gadis akan membawa sebentuk cincin yang dipanggil cincin merisik. Sewaktu adat merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan dibincangkan seperti tarikh dan tempat untuk majlis bertunang.


ADAT BERTUNANG
- Persediaan Pertunangan
Kebiasaannya majlis pertunangan akan diadakan yang bertujuan untuk mengikat tali persetujuan untuk mendirikan rumahtangga di antara lelaki dan perempuan, tidak kira sama ada majlis tersebut dibuat secara besar-besaran, mahupun secara kecil-kecilan, namun kedua-dua pihak haruslah membuat persediaan. Di dalam artikel ini, persediaan bagi majlis pertunangan akan dibahagikan kepada dua iaitu persediaan bagi pihak perempuan dan persediaan bagi pihak lelaki.

Bagi pihak perempuan, terdapat 3 perkara penting yang perlu di ambil kira iaitu persediaan bagi diri sendiri, persediaan membuat persiapan dulang hantaran dan persediaan bagi majlis pertunangan. Bagi persediaan diri sendiri, perempuan yang akan ditunangkan semestinya perlulah berhias. Seelok-eloknya berpakaian kemas, sopan dan cantik dipandang, atau mengenakan solekan diwajah agar Nampak lebih berseri. Bukan sahaja nampak manis dipandang, malah bakal mertua juga pasti berbangga dengan bakal menantu yang cantik rupawan. Pasti ketika bakal mertua menyarungkan cincin dijari, perempuan tersebut akan kelihatan lebih berkeyakinan. Kini, masyarakat kita terutamanya di bandar lebih gemar ke butik andaman untuk mendapatkan pakej-pakej menarik. Ini termasuklah pakej pelamin, sewa pakaian, dan juga gubahan dulang hantaran. Terdapat juga diantara kita yang membuat tempahan baju pertunangan. Hal ini kerana, memandangkan majlis pertunangan ini tidaklah sebesar majlis perkahwinan, baju yang dipakai ketika majlis pertunangan boleh dipakai untuk ke majlis-majlis formal lain.

Persediaan dulang hantaran adalah tertakluk kepada keinginan dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Bagi mereka yang inginkan majlis yang amat sederhana dan mudah, tiada pelbagai pemberian yang akan diberikan sama ada dari pihak lelaki ataupun perempuan melainkan cincin sebagai tanda. Bagi golongan seperti ini, cukuplah sebentuk cincin beserta dengan sedulang sirih junjung atau boleh juga digantikan dengan tepak sirih sekadar mengikut kehendak adat. Walaubagaimanapun, majlis seperti ini kurang diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya bagi mereka yang masih berpegang kuat dengan adat resam. Bagi golongan yang dikenali sebagai golongan orang beradat ini, pemberian dulang hantaran perlu diberi oleh pihak lelaki dan dibalas oleh pihak perempuan. Jika pihak lelaki memberi hantaran dulang sebanyak 5 dulang, maka pihak perempuan perlu membalas sebanyak 7 dulang. Yang pasti, nombor dulang hendaklah ganjil. Sebaik-baiknya, pihak lelaki akan memberi sebanyak 5 dulang atau lebih asalkan nombornya ganjil. Perlu diingatkan sirih junjung atau tepak sirih hendaklah disertakan sekali bersama dulang-dulang hantaran yang lain. Hantaran-hantaran atau pemberian ini adalah merupakan pemberian hadiah kepada pasangan masing-masing. Biasanya pemberian ini terdiri daripada pakaian, makanan, barang keperluan peribadi seperti produk kecantikan dan sebagainya.

Manakala persiapan bagi majlis adalah akan diusahakan oleh keluarga pihak perempuan. Semuanya bergantung kepada jumlah jemputan. Jika sekiranya keluarga pihak perempuan menjemput hanya ahli keluarga dan rakan-rakan yang terdekat maka majlis tersebut berkemungkinan tidak akan melibatkan jumlah kos yang tinggi. Berbanding pula dengan jemputan hadirin yang ramai, pasti tuan rumah perlu menyediakan pelbagai persiapan dan juadah yang lebih banyak. Oleh yang demikian, bagi memudahkan cara, ramai di antara menggunakan khidmat katering.

Bagi pihak lelaki pula, persediaan menghadapi majlis pertunangan adalah lebih kurang bebannya berbanding dengan pihak perempuan. Pihak lelaki harus menyediakan sebentuk cincin sebagai tanda ikatan. Samaada mahu dihias cantik di atas dulang, atau tidak terpulang kepada keperluan dan kehendak masing-masing. Adat orang dahulu, pemuda tidak dibenarkan untuk datang bertandang ke rumah gadis ketika majlis pertunangan di adakan. Namun kini, masa merubah, malah keluarga perempuan pula yang mempelawa lelaki tersebut naik ke rumah. Bukan itu sahaja, malah lelaki tersebut juga akan disarungkan cincin pertunangan dijari oleh keluarga perempuan berkenaan. Kelebihannya jika lelaki tersebut dibenarkan bertandang, maka kekekliruan dapat dielakkan. Dalam erti kata lain, perempuan tersebut telah ditunangkan dengan lelaki yang betul pilihannya.

- Acara di Majlis Pertunangan
Setelah ketibaan rombongan keluarga pihak lelaki, majlis akan dimulakan dengan salam dan ucapan selamat datang kepada rombongan. Untuk memudahkan acara, pengerusi majlis haruslah dilantik yang kebiasaannya akan dipengerusikan oleh pihak gadis. Pengerusi majlis seterusnya akan membuka majlis dengan pembuka surah, atau puji-pujian kepada Allah dan Rasul. Kemudian, pengerusi majlis akan menerangkan serba sedikit mengenai majlis pertunangan seperti, tujuan majlis diadakan dan sebagainya. Seterusnya pengerusi majlis akan menjemput wakil daripada pihak lelaki untuk memulakan bicara menyatakan hasrat rombongan bertandang ke rumah perempuan. Wakil tersebut bukanlah ibu atau bapa lelaki tersebut, tetapi merupakan mana-mana ahli keluarga lelaki tersebut yang telah dilantik untuk meyampaikan hasrat lelaki tersebut untuk meminang. Kemudian, pengerusi majlis akan menjemput wakil pihak perempuan untuk berucap. Seperti juga wakil pihak lelaki, wakil pihak perempuan hendaklah terdiri daripada mana-mana ahli keluarga perempuan tetapi bukanlah ibu atau bapa kepada perempuan tersebut. Jika dahulu, cara komunikasi antara wakil dilakukan secara berbalas-balas pantun ataupun berkias. Sekali sekala ada juga lawak jenaka diselit di dalam perbincangan itu untuk menghiburkan hati tetamu yang hadir.

Majlis seterusnya akan diteruskan oleh wakil pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan pertunangan dilangsungkan. Selain daripada itu, perbincangan mengenai tarikh pernikahan, jumlah mahar (mas kahwin), wang hantaran (belanja), jumlah pemberian atau dulang hantaran turut juga dibincangkan.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, adat orang dahulu, bakal ibu mertua akan masuk ke bilik perempuan tersebut untuk menyarungkan cincin pertunangan dijari perempuan tersebut. Namun kini, perempuan tersebut akan dipelawa keluar di hadapan tetamu untuk duduk di tempat khas atau biasanya akan dibuat pelaminan khas yang simple dan kemudian bakal ibu mertua akan menyarungkan cincin pertunangan. Dengan itu, secara rasminya, tali pertunangan telah diikat antara keduanya.


Sekadar Berkongsi :
Ingat ye Readers!
HARAM hukumnya kita bergambar bersama2 tunang di majlis pertunangan kita~
[Refers here!]

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Rukun Nikah menurut Islam




Rukun Nikah
Calon isteri. (perempuan)
Calon suami. (lelaki)
Wali.
Dua orang saksi.
Akad ijab dan qabul.


Syarat-Syarat Calon Isteri
++ Bukan mahram dengan bakal suami.
++ Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: 
“Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”
Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
++ Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
++ Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
++ Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Calon Suami
++ Bukan mahram dengan bakal isteri.
++ Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
++ Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : 
“Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
++ Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
++ Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
++ Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Syarat-Syarat Wali
++ Islam
[Orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.]
Firman Allah:
"Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali."
(Surah Al-Maidah : Ayat 51)
++ Baligh
++ Berakal
++ Merdeka
++ Lelaki
[Perempuan tidak boleh menjadi wali]
Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina."
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)
++ Adil
 Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil."
++ Tidak dalam ihram
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain."
(Riwayat Muslim)
++ Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
++ Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.
 Syarat- Ijab Dan Qabul

Syarat-syarat Ijab :
 Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
 Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktunya.
Dari wali seperti katanya :
 “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : 
"Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : 
“Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

Syarat-syarat Qabul :

Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. 
Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
Diterima oleh calon suami seperti katanya : 
“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. 
Ataupun wakilnya seperti katanya:
 “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami :
 “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

Syarat-Syarat Saksi
++ Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
++ Lelaki
++ Berakal
++ Baligh
++ Merdeka
++ Adil (tidak fasiq).
++ Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
++ Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
++ Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
++ Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
++ Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal 
(tidak ada saudara lelaki yang lain)
"Tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut."



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Something Borrowed by Nawal



Something Borrowed By Nawal :
Is the online wedding shop that rents dulang hantaran,
wedding decorations and also dresses for the bride.
We know that after you wedding, there is really no use of your dulang hantaran (unless you have sisters, cousins, etc) and we also know that you have limited storage to consider.
So this is where the idea came from because we value your passions to have the most exclusive and beautiful wedding ever.


Yeah!
She is one of my vendor special for my :

Bantal Pelamin!



Macam kata Mama,
wat pe membazir beli kalau leh sewa...
so,carik punye carik jumpe page dye niy kat FB,
nak DEAL pon senang dengan dye!


Btw,dye ade sewakan bermacam2 jenis barang lagi taw....

- Dulang Hantaran
- Bantal pelamin
- Lampu Kelip2 Warna Warni
- Paper Lanterns
- Candle Lanterns
- Bantal Hantaran
- LED Candle
- Carpets
- Bunga Pahar Stands
- Juice dispenser
- Tepak Sireh
- Stands Fan

dan banyak lagi lah...
rajin2 B2B ley lah jenguk page dye kat FB tue!



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Doa untuk Bakal Suami~



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami~


Bukan lah suatu perkara yang mudah untuk seorang anak gadis beralih
kehidupan menjadi seorang isteri...
banyak tanggungjawab yang harus dipikul,
tanggungjawab kepada ibu bapa kandung,
tanggungjawab kepada ibu dan bapa mentua,
tanggungjawab kepada keluarga suami
dan
tanggungjawab kepada suami.



1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.


3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.


4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.


6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.


7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.


8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.




INFOdariS.I.N.I

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Cara Memenangi Hati Ibu Mertua~


Here The Tips!

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.



KreditPadaD.I.A

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Tips Menjadi Suami Terbaik~




Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.

Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda??

Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.

Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan.
Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.
Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.
Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira.
Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

Jadikan penawar hati kepada isteri.
Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri.
Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri
kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

Bentuk sifat cemburu yang positif.
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus.
Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

Jadilah suami yang pemaaf.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan
isteri mudah masuk syurga.

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

Gunakan Nabi Muhammad sebagai model.
Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga.
Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.
Ini adalah tertib memberi khidmat.
Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.
Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.
Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

Cintai isteri sepenuh hati.
Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan,
memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu.
Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.
Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

Pamer kematangan yang tinggi.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.
Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.
Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami.
Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis.
Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

Mahir dalam menguruskan keluarga.
Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

Membaiki diri secara berterusan.
Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga.
Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga.
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga.
Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

Tingkatkan ilmu berkenaan agama.
Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama.
Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

Sentiasa menegakkan kebenaran.
Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik.
Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga.
Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi.
Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan.
Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat.
Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

Latih diri memuji dan menghargai isteri.
Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji.
Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi.
Cari peluang untuk sentiasa memuji.

Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri.
Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami.
Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala.
Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar,
berikan maklumat dan mengubat rindu.

Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri.
Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain.
Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur,
bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

Nilai diri daripada kaca mata isteri.
Buang sifat dan amalan yang isteri benci.
Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia.
Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.
Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

Suami wajar belajar jadi mengikut setia.
Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul.
Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

Buat undang-undang dalam rumah tangga.
Apabila suami marah, isteri mesti senyap.
Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh.
Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,
bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang.
Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala.
Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,
waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

Seimbangkan hidup dengan sempurna.
Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah.
Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah.
Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.
Di luar dan di dalam rumah serupa.

Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.
Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang.




SumberDari:SINI

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Aku Terima Nikahnya - Makna Disebaliknya~





‎"Aku terima nikahnya Si Dia Binti Si Ayah Dia dengan mas kahwinnya RM....."

Bunyi macam senang??


Ini erti sebenarnya:
v
v
v
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya,
apa saja dosa yang dia buat,
dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat,
aku tanggung...dan bukan lagi ibu bapanya tanggung,
dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku.
Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka,
aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."



Sekian~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Solat Sunat Nikah






Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat
dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• Rakaat pertama:
Al-Faatihah dan Al-Kafiruun
• Rakaat kedua:
Al-Faatihah dan Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai
diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini,
terutamanya lelaki.
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
[sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala]
• Rakaat pertama:
Al-Faatihah dan Al-Kafiruun
• Rakaat kedua
Al-Faatihah dan Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,
seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,
kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.
Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.
Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.
Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh,
Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami
sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus
sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk
memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”




INFO Penting :
Solat sunat sebelum nikah adalah AMALAN TRADISI orang islam Malaysia sahaja,
tak ada keterangan dari hadis mengikut kebanyakan ulama,
tak ada riwayat solat ini pernah dilakukan pada zaman sahabat...
dalam penerangan di Wikipedia itu tidak ada pun merujuk kepada sebarang hadis cuma menukilkan doa-doa sahaja.
Adalah lebih baik ikut hadis di atas solat sunat berjemaah dengan isteri bila waktu bersendirian selepas upacara akad nikah
sebelum malam pertama.......
PERSOALAN & JAWAPAN
Anonymous :
Boleh bg reference tak kat mana yg ada mengatakan solat sunat nikah wujud? Sbb ade khlaf mengatakn its just culture org melayu yg kate its solat sunat nikah, padahal its just a normal solat sunat..
Jawapan :
Tidak ada solat sunat khusus untuk nikah. Cuma yang dianjurkan adalah sujud syukur setelah selesai upacara akad niqah tersebut. Untuk itu, kita boleh mengerjakan sunat mutlak dua rakaat diikuti dengan sujud syukur. Perkara lain yang dituntut keatas pengantin baru adalah untuk melengkapkan diri dengan ilmu agama yang cukup
(seperti adab pergaulan suami isteri )
untuk menjadi pedoman dalam berumahtangga.
[Diharap dengan penjelasan diatas, pihak yang memberi soalan akan terjawab kemusykilan yang di usulkan....]
Sumber dari S.I.N.I & S.I.N.I~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Darah Manis







Maksud Darah Manis ??

Darah Manis:

Salah satu simpulan bahasa yang sinonim dengan masyarakat melayu,
Maksud:
Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh:
++ Orang yang sedang dalam tempoh bertunang dikatakan berdarah manis dan
perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja. =)

++ Ia adalah satu istilah yang digunakan untuk memberi amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara yang berisiko dan berbahaya.

++ Bakal pengantin tidak dibenarkan pergi ke pantai atau hutan,
melakukan sukan berbahaya atau melakukan tugas berat kerana takut berlaku sesuatu yang buruk sebelum hari besar anda.

[Risiko kemalangan amat tinggi]

Kepada B2B / G2B :
Berhati2 lah jika melakukan sesuatu pekerjaan,
seperti saya,anda semua juga sedang melalui nya.
Semoga anda semua terselamat daripada segala perkara buruk...
mudah-mudahan....

Kepada Bakal Suami Ku :
Tolonglah berhati-hati dalam apa jua tindakan anda,
paling utama!


Sekian~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Tips Untuk Raja Sehari


Here is a lil bit Tips for you dear B2B~

...Sentiasa memberikan senyuman...
Ye! Ini amat pentinglah sangat untuk bagi gambar2 korang SUPERB CUN dan LAWA!
kalo muke masam jerk, mane la nak datang seri pada gambar kahwin tue....
[aku cakap orang,aku pown 2x5! -_-"]


...Sediakan Upah yg Secukupnya...
Upah ape?? Upah nikah lah,nak bagi pada Tok Kadi,pada Saksi.
Untuk Selangor da ditetapkan RM160 ye!
RM 100.00 : Upah Tok Kadi
RM 20.00 : Upah Saksi Pertama
RM 20.00 : Upah Saksi Kedua
RM 20.00 : Upah Daftar Nikah

Seelok2nya,sediakan lah duit kecil,
cth : Not RM100 - Sekeping, RM10 - 6 Keping,
dan dimasukkan didalam sehelai sampul surat.
[mudah nak bagi pada Tok Kadi,dan memudahkan pula Tok Kadi membahagikan nanti~] =)


...Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad...
Kebanyakan bakal pengantin kini memilih untuk menikah di Masjid,
jadi seeloknya bagi bakal Pengantin Lelaki melakukan Solat Sunat 2 Rakaat
sebelum dan selepas Akad Nikah,
mudah-mudahan Rumah Tangga yang dibina lebih
diberkati, dirahmati dan kekal ke akhir hayat~


...Adab Makan...
Okey! Wajiblah control cun tu,
takkan Pengantin nak makan dengan gelojohnye...haish...tak sesuai oke!
Biasa kiter tengok, pengantin mesti makan sikit,tak lapar ke dorang??
Mau Tak Lapar! Tapi Control Cun punyer hal,nak gambar cantik,tak de hal.
So,bg mengelakkan kita mengalami situasi di atas,
pagi2 tue, sebelum Majlis bermula,pastikan kiter dah bersarapan,
pilih makanan yang berat agar boleh menampung tahap kelaparan kita nanti.... =)




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Aturcara Majlis Pernikahan


B2B & G2B macam saye,
bukan taw sangat aturcara time nikah kan...
sedangkan bukan xpernah pergi tengok orang menikah...huhuu..

btw,
niy sekadar rujukan kepada diri sendiri dan juga untuk bakal pengantin yang sudi
menjengah belog saye~ =)



SEBELUM AKAD NIKAH :


1. Pastikan sentiasa ada Pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya.
PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?

2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet.
Mintak tolong pengapit pegangkan.
Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.

3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi.
Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati.
Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.
*Selangor :
++ Upah Tok Kadi : RM 150.00
++ Upah Saksi : RM 20.00

4. Solat sebelum nikah
Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni.

5. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera.
Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke,
tukarlah position dengan cara sehabis sopan.
Jangan paksa diri menahan.
Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.

v
v
v
v
v

SEMASA AKAD NIKAH :

1. Khutbah Nikah
Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas.
Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan.
Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan
tempat pengantin lelaki dan tok kadi.
BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye!
Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini.
Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p

2. Bacaan Taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik.
Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la.
Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan.
Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah.
Get ready je.

3. Keluarga Sakinah.
Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh
keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki.
Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji,
wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak
baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai.
Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya.
Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.

4. Solat lepas nikah.
Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah.

v
v
v
v
v

SELEPAS AKAD NIKAH :

1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni.
Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai
yang nak digunakan dalam upacara ni.
Kalau sarung cincin takde masalah rasanya.
Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap
kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke.
Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak
cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p

3. Bersalaman + cium tangan suami.
Eleh, malu-malu pulak. Memang saat paling syahdu, gitu!
Salam tangan macam biasa dan ciumlah.
Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama.
Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar.
Apa boleh buat. Layankan aje.
Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok.
Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak.
Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak,
setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari.
Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti.
Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-Caranya ~
Sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan,
sebelah lagi pegang dagu dia.
Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh.
Barulah dapat cium kat dahi isteri.

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
PENTING!
Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati.
Lepas selesai semua,
pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk
bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin.
Mulakan dengan,
- Wali
- Mak Ayah Kedua2 belah Pengantin
- Saudara2 Terdekat
Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain,
bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu.
Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.





Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu.
Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni.
Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu.
Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting,
majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)




Kredit To : IsuBumperKahwin



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Renjis2 -Renjis diPilis


Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar


[ewah2....dah2...cukup...back to the topic yaw!

Oke, niy saye SHARE rupe menda yang kite selalu dok tengok orang gune
pi renjis2 kat pengantin tu...

Niy bekas yang biasa kiter akan jumpe lah kat majlis2 kahwin,
diperbuat daripada tembaga~

Oke, cam ne nak mengunakan menda niy??

++ Bekas 1 ++
Untuk di isi Air Mawar,
carik kat kedai2 runcit ader,tak pon paling senang kat Mydin..Kalau tak jumpe gak atau terlupe last2 minit, juz titikkan parfume dalam air kosong...janji wangi~ =P

++ Bekas 2 ++
Untuk di isi Beras Kunyit,
Ambik segenggam/sebekas beras, campurkan dengan serbuk kunyit, biarkan sampai lah jadik beras tue warna kuning, and make sure keringkan dulu beras sebelum letak dalam bekas.

++ Bekas 3 ++
Untuk di isi Bunga Rampai,
Hiris daun pandan dan bunga-bungaan halus2,letak lam bekas,
jadiklah bunga rampai...

++ Bekas 4 ++
Untuk di isi Bancuhan kapur,
Tanyer la kat nenek2 makcik2 yang makan sirih,
mintak sikit kat dorang kapur sirih 2 ke,
xpun belilah...[bukan mahal pown~]
then,bancuhkan dengan air, dan letal dalam bekas..



Senang kan??
jadik jangan lupe,masukkan dalam Checklist anda,
selalu sangat menda niy terlupe...

=)


✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Kadar Mas Kahwin


Pengertian :
Maskahwin adalah,
pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka "
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi "
( Riwayat Bukhari )


Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.


Kadar Mas Kahwin Terkini 2011 :

WP Kuala Lumpur : RM80.00
Selangor : RM300.00
Negeri Sembilan : RM24.00 - RM48.00
Melaka : RM40.00
Johor : RM22.50
Pahang : RM22.50
Terengganu : Tiada Tetapan*
Kelantan : Tiada Tetapan*
Perak : RM101.00
Pulau Pinang : RM24.00
Perlis : Tiada Tetapan*
Kedah : Tiada Tetapan*
Sabah : RM100.00
Labuan : RM80.00
Sarawak : RM120.00

[Terengganu, Kelantan, Perlis & Kedah tidak ditetapkan kadar minimum]


P/S :
Nampaknye, Selangor kadar minimum yang tertinggi...huhuhu~





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

10 Sifat Lelaki Pilihan



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.






✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious