Showing posts with label Prosedur JAIS. Show all posts
Showing posts with label Prosedur JAIS. Show all posts

Susunan Wali


Susunan Wali

Bapa
v
Datuk sebelah bapa hingga ke atas
v
Saudara seibu sebapa
v
Saudara sebapa
v
Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
v
Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
v
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
v
Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
v
Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti, 
Kadi atau naib Kadi.

Di dalam susunan wali tersebut, 
wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan, 
yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.


Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab barulah yang selepas dan begitulah seterusnya.



~Wali Hakim~

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang 
tertentu seperti berikut :

Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam 
Ertinya :

*Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

*Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan iaitu : 
Perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. 
Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

*Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

*Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

*Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

*Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

*Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

*Wali bersembunyi.

*Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.



~WALI MUJBIR~

Iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, 
kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. 

Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, 
sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.

Dalam keadaan yang begini wali tidak boleh mengkahwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,
kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk 
Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya

*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
*Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
*Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
*Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
*Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
*Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya 
seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.



~Sekian~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Kadar Mas Kahwin


Pengertian :
Maskahwin adalah,
pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka "
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi "
( Riwayat Bukhari )


Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.


Kadar Mas Kahwin Terkini 2011 :

WP Kuala Lumpur : RM80.00
Selangor : RM300.00
Negeri Sembilan : RM24.00 - RM48.00
Melaka : RM40.00
Johor : RM22.50
Pahang : RM22.50
Terengganu : Tiada Tetapan*
Kelantan : Tiada Tetapan*
Perak : RM101.00
Pulau Pinang : RM24.00
Perlis : Tiada Tetapan*
Kedah : Tiada Tetapan*
Sabah : RM100.00
Labuan : RM80.00
Sarawak : RM120.00

[Terengganu, Kelantan, Perlis & Kedah tidak ditetapkan kadar minimum]


P/S :
Nampaknye, Selangor kadar minimum yang tertinggi...huhuhu~





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Prosedur Permohonan Nikah - JAIS-

Prosedur Permohonan Nikah (Perempuan)

1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan
2. Dapatkan Borang 2C Dan 2D Di Jais/ Paid
3. Dapatkan Borang Pemeriksaan Ujian Darah/ HiV Dari Bahagian
Undang-Undang Keluarga Jais Atau Pejabat Agama Islam Daerah.
4. Lengkapkan Borang Dan Lampirkan Dokumen Sokongan. (2 Bulan Sebelum Akad Nikah)
5. Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah(PPN) Qariah.
6. Dapatkan Kebenaran Nikah Dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7. Serahkan Kebenaran Berkahwin Kepada Ppn Qariah.)
8. Akad Nikah Dijalankan.
9. Ambil Surat Perakuan Nikah Di Jais/ Paid


Dokumen yang DIPERLUKAN :

# Salinan Kad Pengenalan
# Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
# Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Diiktiraf Oleh Jakim/ Jais/ Jawi/ Jain).
# Keputusan Ujian Saringan Hiv
# Salinan Borang Permohonan 2C.(Jika Pemohon Nikah Luar Daerah/ Negeri/ Negara).
# Surat Pengesahan Mastautin Pemohon Dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Nazir Masjid/
Pengerusi JKKK, Pengerusi J/K Penduduk Taman Perumahan
# Borang Kelulusan Berkahwin/ Surat Kebenaran Berkahwin Bagi Lelaki.
# Surat Perakuan/ Pengesahan/ Akuan Sumpah Nikah Ibu Bapa. (Jika Perempuan Anak Sulung Atau Wali Adalah Abang Lelaki Yang Sulung)
# Surat Wakalah (Jika Wali Tidak Dapat Hadir Semasa Akad Nikah).
# Surat Perakuan/ Akuan Sumpah Kematian Wali (Bapa)
# Surat Atau Kad Perakuan Islam Dan Salinannya. (Jika Pemohon Saudara Baru)
# Surat Kelulusan Dari Kagat/ PDRM. (Jika Pemohon Anggota Tentera/ Polis).
# Surat Perakuan Cerai/ Kematian Pasangan Dan Salinannya.(Jika Pemohon Janda)
# Surat Kebenaran Berkahwin Daripada Konsulat Atau Kedutaan Dan Imigresen. (Jika Warganegara Asing).




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

HIV Test





INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV

1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran
Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di
Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut
perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor,
Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut
akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.


*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.


Haaa....lebih kurang cam niy lah rupe menda alah untuk test HIV tue~


Satu line : Negatif [Bebas dari HIV],
Dua line : Positif la! [anda2 jangan kene yang niy lak oke!]


Ujian Saringan HIV di :



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious