Aku Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, 
namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. 
Iya, hanya beberapa minggu lalu. 
Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, 
tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. 
Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. 
Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. 
Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. 
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama.
Negeri Barzakh, insya Allah. 
Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. 
Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis.
 Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. 
Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu
Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. 
"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. 
Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. 
Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. 
Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. 
Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. 
Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. 
Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. 
Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. 
Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. 
Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. 
Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti anda akan tahu..." 

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!" 
"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!" 

Itu saja pesanku. 
Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. 
Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. 
Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. 
Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu.

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Awak, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, saya puasa."

Sahabat juga semakin galak mengusik.

"Wah, awak diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. 
Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. 
Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. 

Doakan aku, itu sahaja.



.......................................



"Innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. 
Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui dia yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali dia yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari dia yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... 
Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. 
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, sahabatku bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Dia bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... 
"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." 
Terduduk sahabat mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... 
"Ini nak, bukunya." 

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 
'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis... saya tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, dia selalu mahu berpuasa. 
Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Dia masih kaku. Tiada suara yang terlontar. 
Matanya basah menatap kalam dari diari yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Susunan Wali


Susunan Wali

Bapa
v
Datuk sebelah bapa hingga ke atas
v
Saudara seibu sebapa
v
Saudara sebapa
v
Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
v
Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
v
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
v
Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
v
Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
v
Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti, 
Kadi atau naib Kadi.

Di dalam susunan wali tersebut, 
wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan, 
yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.


Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab barulah yang selepas dan begitulah seterusnya.



~Wali Hakim~

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang 
tertentu seperti berikut :

Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam 
Ertinya :

*Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

*Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan iaitu : 
Perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. 
Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

*Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

*Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

*Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

*Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

*Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

*Wali bersembunyi.

*Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.



~WALI MUJBIR~

Iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, 
kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. 

Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, 
sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.

Dalam keadaan yang begini wali tidak boleh mengkahwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,
kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk 
Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya

*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
*Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
*Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
*Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
*Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
*Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
*Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya 
seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.



~Sekian~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿



Hello Peeps!





Yeah! I'm FELL IN <3 !

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Penghujung Cintaku by Pasha & Adelia




HelloPeeps!

Btw,this time juz nak share dengan u guys,
1 lagu yang sangat2 sweet untuk dijadikan lagu latar slideshow u all tymes kawen nanty,
ataupun tyme korang dipaksa karaoke oleh MC korang...

Lagu ini sangat romantik,sweet dan bermakna oke!

[hahaha! nanty Cik.Berry kahwin pon nak guna lagu niy~]



Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tTiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Nananana nananana nananana nananana
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu~





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Mas Kahwin & Mahar




Maskawin
Pengertian Maskawin (Al-Mahar)
Maskahwin ialah : 
Pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
Sebagaimana firman Allah: 
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka"
Sabda Rasulullah SAW :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. 
Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran??" ,
Lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.
Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, 
walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, 
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah."
Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.


Bahagian Mahar
Mahar Misil
Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar Musamma
Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.


HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD
Sunat
Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. 
 Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :
1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan mas kahwinnya.
3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).


WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :
1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.
2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.


GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :
"Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu."

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.


MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :
"Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi."
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)


AL-MUT’AAH
Ertinya:
Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. 
 Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami,
bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, 
kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:
"Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik."
(Al-Ahzab : ayat 49)




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious