Honeymoon Place



Here the PLACE!

tempat2 yang aku nak sangat2 ergi!
Kalau leh rase nak pergi je semua tempat nih....tp tak der budget.....
huuhuhu.......tapi tak pe, kumpul wet banyak2 leh pegi untuk honeymoon ke2 ke3 dan seterusnya!

P/S : bersederhanalah ketika berbulan madu...
banyak lagi duit nak pakai selesai berbulan madu nanti oi! =)

Let's check it out yah!

One & Only Resort
Reethi Rah, Maldives




________________________________________

Sipadan Water Village
Mabul Island, Sabah



_______________________________________

Krabi Island
Thailand


_______________________________________

Bali Island
Indonesia


Apa kata anda??? =P





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

10 Sifat Lelaki Pilihan



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.






✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Cinta Dulu?? Kahwin Dulu??



Cinta dan Perkahwinan ...
berkait rapat seperti kiambang berpaut. Kalau kiambang dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup…meletup..Ah. ..dah kahwin..ada ada nak empat?? lagi satu paling mengejutkan. .. Terperanjat beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??.. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula berkata seperti tidak bersalah..Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu. Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan. ada pula tidak kira isteri orang atau suami orang…tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat rapatkan diri.. maksudnya… jadikan diri sebagai orang ketiga or best man/women win. Tak baikkan macam itu… hish. Yang sudah berumahtangga jadi hantu nets sibuk cari spare tyre…mula mula kawan lama lama bertukar perasaan… sampai bercerai berai……. …subhanallah apa nak jadi…hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susah kang ………

Beringatlah ye~~~
+Pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai
JANGAN AMBIL HAK ORANG..SUAMI ORANG ATAU ISTERI ORANG… JANGAN SEKALI KALI MAIN API… NANTI TERMAKAN DIRI… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga… kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita.. like karma gitu.
JANGAN SEKALI KALI MENGAMBIL KESEMPATAN YANG ADA. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
Sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut.
fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga. banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin

Dalam Pengertian Cinta Dan Perkahwinan ….
perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung.








✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

10 Perkara Bikin SHOCK sewaktu berumah tangga~~

Time jalan kat FB td...terjumpe lak note niy dalam page Aku Tak Sabar Nak Kahwin...

heee..... ;)


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang

drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi

emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua

cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan

yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah

tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda

akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing

mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat

meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik

sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain

dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar

bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS

yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks

nakal."


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan

lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang

terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga

kucar-kacir."


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut

masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan

hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan

dahulu.


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj

manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing

ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun

ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur

dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya

melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati

kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate"

masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.

Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan

keadaan sekeliling.


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan

mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan

memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah

terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah

anda?








✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Wedding Cakes~

Nyum! Nyum!
Setelah seharian men'google cake merah+hitam kat Google,
niy jerk la hasil2 yang menarik perhatian aku~~

(✿◠‿◠)

Edisi Merah + Hitam





Edisi Hitam+Putih+Merah

hehe, da rambang mata!
tak taw warna ape nak wat utk malam potong kek!





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Pelamin Pilihan





Juz like what in my dream wedding!
with my fevret color!


Red + Black!

......juz NICE!








✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Prosedur Permohonan Nikah - JAIS-

Prosedur Permohonan Nikah (Perempuan)

1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan
2. Dapatkan Borang 2C Dan 2D Di Jais/ Paid
3. Dapatkan Borang Pemeriksaan Ujian Darah/ HiV Dari Bahagian
Undang-Undang Keluarga Jais Atau Pejabat Agama Islam Daerah.
4. Lengkapkan Borang Dan Lampirkan Dokumen Sokongan. (2 Bulan Sebelum Akad Nikah)
5. Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah(PPN) Qariah.
6. Dapatkan Kebenaran Nikah Dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7. Serahkan Kebenaran Berkahwin Kepada Ppn Qariah.)
8. Akad Nikah Dijalankan.
9. Ambil Surat Perakuan Nikah Di Jais/ Paid


Dokumen yang DIPERLUKAN :

# Salinan Kad Pengenalan
# Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
# Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Diiktiraf Oleh Jakim/ Jais/ Jawi/ Jain).
# Keputusan Ujian Saringan Hiv
# Salinan Borang Permohonan 2C.(Jika Pemohon Nikah Luar Daerah/ Negeri/ Negara).
# Surat Pengesahan Mastautin Pemohon Dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Nazir Masjid/
Pengerusi JKKK, Pengerusi J/K Penduduk Taman Perumahan
# Borang Kelulusan Berkahwin/ Surat Kebenaran Berkahwin Bagi Lelaki.
# Surat Perakuan/ Pengesahan/ Akuan Sumpah Nikah Ibu Bapa. (Jika Perempuan Anak Sulung Atau Wali Adalah Abang Lelaki Yang Sulung)
# Surat Wakalah (Jika Wali Tidak Dapat Hadir Semasa Akad Nikah).
# Surat Perakuan/ Akuan Sumpah Kematian Wali (Bapa)
# Surat Atau Kad Perakuan Islam Dan Salinannya. (Jika Pemohon Saudara Baru)
# Surat Kelulusan Dari Kagat/ PDRM. (Jika Pemohon Anggota Tentera/ Polis).
# Surat Perakuan Cerai/ Kematian Pasangan Dan Salinannya.(Jika Pemohon Janda)
# Surat Kebenaran Berkahwin Daripada Konsulat Atau Kedutaan Dan Imigresen. (Jika Warganegara Asing).




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

HIV Test





INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV

1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran
Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di
Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut
perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor,
Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut
akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.


*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.


Haaa....lebih kurang cam niy lah rupe menda alah untuk test HIV tue~


Satu line : Negatif [Bebas dari HIV],
Dua line : Positif la! [anda2 jangan kene yang niy lak oke!]


Ujian Saringan HIV di :



✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious