I Will Be Back READERS!



First of all,

nak say......


sangat2.....

sebab lepas last posting tentang pembatalan pernikahan,
saye terus senyap dr mengupdate blog niy...

rase kecewa and malu yang teramat wat saye hilang mood untuk mngupdate blog niy...


walaubagaimanapun,
thx pade mereka2 yang masih support sy untuk meneruskan blog niy...
[klu ikot hati nak delete jerk~] =(

Yeah!semangat harus diteruskan!
yang hilang bakal berganti,
yang buruk kan jadi lebih baik....

kerana setiap yang baik itu datangnye dari Allah SWT.


Thank you Again Yaww'lls!




✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Kemaafan Terbuka, Seikhlas Hati~





Sesungguhnye tiada manusia yang sempurna di dunia ini,
pasti ada yang melakukan kekhilafan tak kira kecik atau besar,
dan begitu juga aku dan aku akui aku tidak sempurna
dan banyak melakukan kekhilafan...


Yess!
mungkin secara SENGAJA mahupun TAK SENGAJA,
aku telah melukakan, menyakitkan hati mereka2 di sekeliling aku,
pada keluarga,
pada saudara,
pada kawan,
pada sahabat,
pada kekasih hati...

Sorry For EVERYTHING,
Maaf untuk SEGALANYA...

yang,
DIsengajaKAN,
TERsengajaKAN,
Dengan Sedar,
Tanpa Sedar....

untuk,
segala UMPATAN,
segala MAKIAN,
segala KEJIAN.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SPECIAL NOTE :

KEPADA KELUARGA TERCINTA :
Maafkan segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan Ella selama ini,
dari dilahirkan sehingga kini, semoga Abah & Mama memberkati hidup baru yang bakal dijalani
nanti. Membantu dan memberi tunjuk ajar menjadi Isteri terbaik dan disayangi.

KEPADA BAKAL SUAMI :
Maafkan segala2 perlakuan kasar diri ini,yang terkadang kala ikut sedap mulut bercakap,
maafkan saya...bimbinglah saya untuk berubah kepada lebih baik dari hari ini.
maaf andai tidak mempamerkan rasa Cinta dan Sayang kepada dirimu kerana aku berpegang teguh pada prinsip terbaru ku -
"Hanya Cinta Setelah Akad"
Maaf kerana dirimu menjadi mangsa atas kemelampauan mereka2 yang terdahulu membuatkan aku terluka..
InsyaAllah, selesai sahaja kita diAkad Nikah, aku akan membuka Hatiku hanya untukmu~


KEPADA SEMUA :




~S.O.R.R.Y~

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Purdah dan Tudung Nikah di MyHannah




Hello Peeps!

Cantik! Menarik! Sopan!

3 perkara yang ader kat kepala otak niy masa tgk pic2 kahwin Sari Yanti..
and dr sini lah timbul minat aku yang kaw2 nk bertudung cam niy tyme akad nikah nanty....

Opss!
Niy xdikire tudung,dye cume berpurdah,
tp saya akan bertudung habis tyme nikah nanty~

Cantek kan??

alal2 puteri arab gitu!
Makeup mata main peranan besar kalau nak bergaya cam niy...
hopefully akak CT nanty wat yang terBaek!

[sbb...agak susah untuk makeup org kulit gelap macam aku!]

-_-"



Siyesly aku dah jatuh cinta pandang pertama tyme tgk gambar niy dulu!
hait! bukan pada Sari Yanti oke,pada fesyen dye jerk....

[sejujurnye,aku xminat Sari Yanti...sorry! sbb dye SOMBONG!]




Part niy lah yg aku idam2 kan!
ngeeehehehehe~

Sila ke :
MyHannah Boutique
kat Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

segala macam Tudung,Veil,Purdah pown ader jual kat sini,
nak tempah pown bleh.....
rekaan dye SIMPLE tp MENARIK.

Kat sini gak lah jumpe purdah yg sesuai ngan kaler baju nikah...
yeay!





✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Doa untuk Bakal Suami~



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami~


Bukan lah suatu perkara yang mudah untuk seorang anak gadis beralih
kehidupan menjadi seorang isteri...
banyak tanggungjawab yang harus dipikul,
tanggungjawab kepada ibu bapa kandung,
tanggungjawab kepada ibu dan bapa mentua,
tanggungjawab kepada keluarga suami
dan
tanggungjawab kepada suami.



1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.


3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.


4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.


6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.


7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.


8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.




INFOdariS.I.N.I

✿◕ ‿ ◕✿ BERRYlixious ✿◕ ‿ ◕✿

Popular Posts

©HAK MILIK TERPELIHARA Berrylixious